Wednesday, May 18, 2011

Resepi Telur Dadar Gebu dan Rangup

Ini adalah resepi rekaan aku untuk menghasilkan sajian telur dadar yang gebu dan rangup...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

-telur sebiji
-tepung gandum 1 sudu
-bawang merah seulas
-cili sebiji
-sedikit garam
-sedikit pati ayam

Pecahkan telur, pukul hingga sebati.
Masukkan tepung gandum. Pada mulanya aku nak taruk tepung jagung, tapi takde kat umah aku, so aku hentam gandum je lah..  satu sudu jer taw,, jgn banyak...kang telur dadar entah ke mana, lempeng pulak yang jadi...
Masukkan garam dan pati ayam, kacau hingga sekata...
Hiriskan bawang dan cili, kalau nak pedas, pakai cili api atau cili padi.. Bawang dan cili ni bergantung atas bilangan telur, kalau telur dua bijik, mereka pun kena la dua bijik jugak, bagi balance...
Kalau ada rasa nak tambah rencah lain yg dirasakan sesuai, silakan. Nak masukkan biskut meri pun takpe.... Kalau aku, ramuannya dah lengkap..
Sedia untuk digoreng, bila menggoreng anda akan dapati telur mengembang...bila masak, warnanya kuning keemasan dan rangup dimakan..
Selamat mencuba...






RANDOMIZED INTERESTING ARTICLES
Latest K-Pop Hits Full Album Download and Listen online Youtube
Jom Buat Duit Percuma Dengan Says.my
How To Downgrade Nokia Phone?
Cara Untuk Cari Fail Muzik MP3 Dengan Pantas
Which Variant Need I Choose For My Phone? How To Determine Variant?
Nokia Secret Codes
Mario Forever 4.0 Video Help - Secret PAssages and Walkthroughs
Angry Birds (Windows PC) Complete Golden Eggs Walkthrough
Antara Ketam dengan Kentang
Budu - Cara Membuat, Kelebihan, Resepi
Dedikasi Buat Para Perantau Yang Rindukan Kampung Halaman
Download Torrent Faster
Save Youtube Videos Tanpa Perlu Download dan Lain-lain Cara Lagi Untuk Download
Tontoni Liga Malaysia Secara Live Streaming


No comments :

Post a Comment

Leave your comments